Posts

Showing posts from March, 2020

Telemedicine @ Klinik Prime Medic

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan bagi menangani Covid19, #KlinikPrimeMedic prihatin dan kami mengambil inisiatif untuk memperkenalkan #Telemedicine atau rawatan secara atas talian menerusi panggilan telefon atau video bagi memudahkan pesakit berhubung dengan doktor dan mendapatkan rawatan. 🤗 Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi atau whatsapp kami di talian 062310000.  #WeCare #YourHealthOurPassion

Vaksin Influenza

Image
#Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.  Demam selsema adalah sangat mudah berjangkit. Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.  Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian. Oleh itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.  Klinik Prime Medic ada stok vaksin influenza jika anda ingin datang dan me

Social Distance @ Klinik Prime Medic

Image
Jika anda tidak sihat dan memerlukan rawatan di Klinik Prime Medic, Bukit Katil Melaka. sila pastikan : ✅ Jarak kedudukan anda di antara pesakit lain adalah selang satu kerusi atau pada jarak 1 meter. ✅ Pastikan hanya anda atau seorang peneman sahaja yang hadir ke klinik. ✅ Jangan bawa anak anda yang sihat dan tidak sakit ke klinik. Jika anak anda tidak sihat..perhatikan dan hadkan pergerakan anak anda di klinik. ✅ Sila maklumkan kepada kami jika anda mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam waktu terdekat dan jangan sembunyikan info ini dan juga sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif #Covid19. ✅ Sila gunakan topeng muka semasa berada di klinik dan basuh tangan anda menggunakan sabun atau hand sanitizer selepas selesai menerima rawatan. #KlinikPrimeMedic PERINGATAN KKM : 3 Langkah utk mencegah COVID-19 1. Duduk di rumah 2. Kerap basuh tangan & jaga kebersihan diri 3. Kekal jarak 1 meter antara individu #SocialDistance #StayHome #BeSafe

Vaksin Influenza

Image
CEGAH PENYAKIT INFLUENZA DENGAN VAKSIN FLU 🔥 Apa itu Penyakit #Influenza?🔥 🎈Gejala penyakit influenza termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, sakit otot dan rasa keletihan yang melampau 🎈Penyit influenza ini disebabkan oleh jangkitan Virus influenza jenis A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2). 🎈Penyakit influenza boleh merebak dengan cepat 🎈Penyakit influenza boleh menyebabkan kematian terutamanya pada anak kecil dan juga orang tua 🎈Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. 🎈Penyakit Influenza boleh dicegah dengan suntikan vaksin 🎈Oleh kerana virus yang menyebabkan penyakit influenza ini sering bermutasi, WHO menyarankan kita ambil vaksin flu setiap tahun. 🔥Siapa Yang Disarankan Mengambil Vaksin Ini?🔥 ✅ Kanak-Kanak bermula 6 bulan keatas ✅Orang tua ✅ Orang dewasa yang mempunyai penyakit kronik ✅ Orang yang mempunyai sakit berkenaan pernafasan ✅ Orang yang selalu travel ✅ Jemaah haji d