Vaksin Pneumococcal
Apakah itu suntikan vaksin ‘Pneumococcal’?
Vaksin ini mencegah jangkitan ‘Pneumococcal’ yang biasa berlaku kepada kanak-kanak bawah 5 tahun iaitu termasuk bayi yang baru dilahirkan.
Kuman penyebab penyakit ‘Pneumococcal’ ini dipanggil ‘Streptoccus pneumoniae’ dan penyebab kepada penyakit saluran pernafasan, jangkitan pada paru-paru (Pneumonia), radang telinga (Otitis Media), radang otak (Meningitis) dan jangkitan kuman dalam darah (Septicaemia).
Kuman ini tersebar melalui wap pernafasan individu yang terkena jangkitan iaitu melalui batuk, bersin dan sebagainya.
Tanda-tanda terkena jangkitan ini adalah demam panas sambil menggigil, batuk berpanjangan, sakit dada, sesak nafas, denyutan jantung yang laju, lemah dan ada kalanya sakit kepala dan muntah-muntah.
Pneumococcal bakteria juga boleh menyebabkan jangkitan serius kepada telinga kanak-kanak.
Atas sebab-sebab di atas, bayi yang berumur seawal 2 bulan adalah digalakkan untuk mendapat suntikan ini.
Suntikan ‘Pneumococcal conjugate - Prevenar 13’ ada terdapat di Klinik Prime Medic.
Anda boleh datang ke Klinik Prime Medic dan dapatkan vaksim tambahan Pneumococcal untuk anak anda dan juga untuk dewasa.
#KlinikPrimeMedic
#BukitKatil
#AyerKeroh
Comments
Post a Comment